Persidangan Bahasa Malaysia 17-19 Dec 2010-Puchong

Subjek: Gereja yang mulia (5 mesej)

Dikbang dan dikkak,
1. Rancangan Tuhan dan Istirahat Tuhan
Penikmatan:
Tujuan manusia dicipta adalah untuk mengeksprsesikan Tuhan dengan imej-Nya dan juga untuk mewakili-Nya dengan berdominion atas segala sesuatu. Kita ditempatkan di Malaysia bukan disebabkan kerja endiri, tetapi kerja Tuhan, sabda Tuhan perlu disebarkan ke seluruh Malaysia dengan Bahasa Malaysia. Oleh itu, kita perlu dilengkapi dan bersedia untuk menginjil kepada penduduk Malaysia, inilah tanggungjawab kita dilahirkan di Malaysia, dan juga merupakan kerja utama kita. Kita ialah warganegara kesyurgaan, bangsa syurga, tiadalah bangsa, adat, dan bahasa untuk kaum tersendiri, disebabkan kita bertutur sabda dalam Bahasa Ketuhanan!Oleh itu, bahasa tidak sepatutnya menjadi kokongan atau halangan dalam pelaksanaan rancangan Tuhan.Jikalau, kita menyukai sesuatu bahasa, dan asyik guna bahasa itu, maka, injil tidak boleh disebarkan dan tidak boleh dicapai kepada orang yang bertutur dalam bahasa Malaysia. Kita perlu belajar berinjil dalam bahasa Malaysia bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk perlaksanaan Tuhan. Asalkan manusia mengekspirasikan Tuhan dan menanggulangi musuh-Nya, barulah Tuhan dipuaskan dan dapat berehat!
 
2. Tamsil bagi Hawa
Penikmatan:
Saya amat dipercahayai dlam mesej ini iaitu hanya Tuhan yang boleh digelarkan mulia. Manakala Gereja yang berupaya mengekspirasikan Tuhan barulah boleh digelar sebgai gereja yang mulia- sesuatu yang dihasratkan oleh Tuhan. Gereja sebagai tamsil Hawa, manakala Kristus sebgai tamsil Adam. Oleh itu, gereja yang keluar daripada Kristus, barulah digelar sebgai tubuh Kristus. Amat tersentuh apabila diingatkan dikbang bahawa adakah kita dapat meilhat visi? ataupun kita hanya mementingkan lokaliti masing-masing?Kita perlu menghancurkan diri sendiri dan juga konsep untuk belajar menginjil dalam Bahasa Malaysia. Ini bukanlah untuk pusat sendiri, ataupun penikmatan diri sendiri tetapi untuk mencapai ekonomi Tuhan.
 
3. Tubuh Kristus dan Pengantin Kristus
Penikmatan:
Semua orang Kristians harus mengejar hayat Tubuh, jika kita tidak mengejar hayat Tubuh, kita tidak akan dapat mengejar hayat pengantin perempuan. Kristus amat mengasihi gereja disebabkan gereja merupakan tulang dan daging Kristus, iaitu tubuh Kristus. Kristus membersihkan gereja melalui pembasuhan air dalam sabda. Roh beri hayat yang sentiasa membicarakan sabda semasa, terkini, hidup untuk membasuh apa yang lama secara metabolik dan menggantikannya dengan yang baru, dengan itu menghasilkan transformasi dalaman; pembersihan melalui pembasuhan air hayat terdapat dalam sabda Kristus.
 
4. Perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki.
Penikmatan:
Anak lelaki berupaya membuat Syaitan kehilangan kuasanya, dan mencapai tujuan Tuhan dan memenuhi tuntutan Tuhan. Kita perlu selalu menerapkan darah anak domba setiap kali kita berasa dituduh oleh iblis. Amat tersentuh apabila dikbang beritahu darak anak domba boleh membasuTuhan supaya kita bebas daripada tuduhan iblis. Kita juga perlu selalu bersaksi secara lisan bagaimana Tuan sudah pun menanggulanginya! Yesus ialah Tuan Aku! Demi menjayeng atas syaitan, kita harus tidak mengasihi hayat sukma kita, sebaliknya kita harus membencinya! Dikbang dan Dikkak, biaralah kita bersama-sama jayeng atas Syaitan, menjadi anak lelaki yang mencampak Syaitan ke atas bumi!
 
5. Kota Kudus Yerusalem Baru
Penikmatan
babylon merupakan sebuah kota yang disalut emas, menamsilkan kepura-puraan, manakala kota kudus yerusalem baru ialah kota yang dibina dengan emas tulen, mutiara dan batu-batan. Kita perlu ditansformasikan daripada bahan-bahan mentah di Taman Eden kepada Kota Kudus Yerusalem Baru demi pengenapan tujuan abadi Tuhan, untuk memperoled satu espresi korporat. Kita perlu sanggup digubah oleh Tuan dan bebaskan daripada pricipal Babylon. Amat dicahayai adakah kehidupan harian saya adalah dalam pricipal babylon? Kehidupan gereja saya adakah berpisah dengan kehidupan biasa saya? Tuan, rahmatlah aku, supaya bebsakan diri daripada keadaan babylon, dan aku rela ditransformasikan demi tujuan Tuhan.


Daripada: Chiaw Woon